Aduan Kepenggunaan Aduan Integriti
Tukar Bahasa
english language
Hotline
1800-886-800

Dasar Privasi

PRIVASI

Aplikasi ezAdu (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") untuk memudahkan pengguna menyalurkan aduan/pertanyaan/cadangan berkaitan isu kepenggunaan di bawah seliaan KPDN.

Manakala, Aplikasi ezStar (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), merupakan aplikasi yang diwujudkan untuk Bahagian Penguatkuasaan KPDN (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") untuk membenarkan pengguna melihat dan menyerahkan laporan kerja terus daripada telefon mudah alih atau tablet daripada perlu berada di PC menggunakan pelayar web. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan mengumpul maklumat mengenai aduan yang telah diadukan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

a. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.

b. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:

i. Nombor Kad Pengenalan/Nombor Passport

ii. Nama Penuh

iii. E-mel

iv. Nombor Telefon

v. Alamat

c. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

d. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang diberikan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka aduan yang telah diadukan oleh pengguna untuk sebarang tujuan tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada e-aduan@kpdn.gov.my.